Wednesday, February 10, 2016

Surrah 17 (60~70)

Bani Israil, dari ayat 61~70;


60. Dan ingatlah tetakala kami wahyu kepada mu, bahawa sesungguhnya Tuhan mu meliputi manusia dan tidak kami jadikan penglihatan yang kami unjukkan kepada mu itu, melainkan  sebagai percubaan, dan bagitu juga pohon yang dilaknat dalam  quran, dan kami takutkan mereka, tetapi penakutkan itu tidak menambah, melainkan  kesesatan yang besar.


61. Dan ingatlah, tetakala kami berkata kepada Melaikat; “sujudlah kepada Adam” lalu sujudlah mereka, melainkan iblis. Ia berkata; “apakah aku mesti bersujud kepada orang yang engkau buat dari tanah ?”

62. Ia berkata pula; “mahukah engkau terangkan kepada ku tentang orang yang engkau telah muliakan atas ku ? jika engkau beri tempoh kepada ku sampai hari kiamat, nescaya aku akan sesatkan anak cucunya, kecuali sedikit”.

63. Berfirman Allah; “pergilah ! maka barang siapa mengikut mu dari antara mereka, sesungguhnya jahanam lah balasan kamu, sebagai satu pembalasan yang sempurna”.

64. “Dan ajaklah siapa yang engkau boleh dari antara mereka  dengan suara mu, dan gerak kan lah atas mereka tentera kuda mu dan tentera mu yang berjalan kaki, dan sekutui nya lah mereka tentang harta-harta dan  anak-anak, dan janjikan lah kepada mereka”, pada hal syaitan tidak janjikan kepada mereka, melainkan tipuan.

65. “sesungguhnya hamba-hamba ku tidak ada bagi mu kekuasaan mencelakakan mereka, dan cukup Tuhan mu sebagai pelindung”.

66. Tuhan kamu ialah yang menjadikan bagi kamu kapal-kapal dilaut, supaya kamu mencari kurnianya, kerana sesungguhnya adalah ia panyayang terhadap kamu.

67. Dan apabila bahaya mengenai kamu dilaut, sia-sia lah apa-apa yang kamu seru, melainkan dia, tetapi sesudah ia selamatkan kamu sampai didarat, kamu berpaliang, kerana adalah manusia itu pelupa budi.

68. Maka apabila kamu merasakan aman daripada Allah menimpakan sebagian daripada bumi atas kamu atau daripada ia kirim atas kamu  angin yang sangat, kemudian kamu tidak dapati penolong bagi diri-diri  kamu ?

69. Atau apakah kamu merasa aman daripada Allah kembalikan  kamu pada nya sekali lagi, lalu ia kirimkan atas kamu pembinasa dari angin, kemudian ia tenggelamkan kamu lantaran kekufuran kamu, kemudian kamu tidak mendapat penolong buat melawan kami ditentang itu ? .

70. Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri kenderaan bagi mereka didarat dan dilaut, dan kami telah beri rezeki kepada mereka dari yang baik-baik, dan kami telah lebihkan mereka sungguh-sungguh dari kebanyakan makhluk yang telah kami jadikan.



Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajiddominican/status/697627934597603328







.

No comments:

Post a Comment